• "Selamat Datang, Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda, Jika anda ada masalah sms/wsap/call Pegawai Kami 0108376141 / 047860310 (Amira) T.Kasih

Andai sebelum ini lagi….

 Selamat datang Kepada semua… sempena permulaan menulis dalam Blog ini, saya ada satu cerita benar untuk dikongsikan bersama,

semalam, kira-kira pukul 10.00 lebih, datang seorang sahabat yang bekerja dengan ibu mertuanya  menolong mengendalikan mesin santan.

Bukan menjadi masalah mencari pekerjaan yang halal itu dengan menjual santan, sayur, bertani, berniaga, berniaga pakaian, makanan dan sebagainya,

Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama ialah, ketika itu datangnya dengan tangan yang berbungkus,

“saya terkejut melihatnya mungkin terseliuh barangkali, fikiran saya meneka sendiri tanpa soalan yang diajukan dahulu untuk mendapat jawapan…”

Rupanya jawapan yang saya berikan kepada diri saya tersasar..

Tangan beliau tertarik kedalam mesin … Santan…

Terkejut saya mendengar jawapannya..

apabila diamati… ” katanya 4 jarinya termasuk kedalam mesin, satu telah disambung… dua telah dipotong, satu lagi jari manis menanti masa diberikan doktor juga untuk dipotong…”

saya bertanya.. untuk mendapatkan suatu jawapan pasti kenapa beliau datang premis saya ketika..

fikiran saya meneka mungkin untuk membantunya mendapatkan Kelim “Takaful IKHLAS”…

Jawapannya sekali lagi tersasar,,,

Apakah boleh dia memohon untuk melindungi tangannya semula…

Jawapan saya secara jujur… “tidak..”

tiada lagi perlindungan untuk perkara itu setelah ianya berlaku…

cuma ambillah kembali untuk perlindungan yang lain…

dia mengangguk tanda setuju… kemudian berlalu dengan salam yang entah siapa tahu terubat atau tidak hatinya dengan jawapan saya itu…

……6.10.11

Leave a Reply

  • "kami berusaha memahami anda" Yang Ikhlas: ANZ Dynamic Ent
  • Ada Persoalan..?